Showing posts with label copywriting. Show all posts
Showing posts with label copywriting. Show all posts

Tuesday, February 5, 2019

Betulkan Minda Anda Dulu - Tujuh Bidang Yang Anda Wajib Tahu Dalam Bidang Copywriting

Betulkan Minda Anda Dulu - Tujuh Bidang Yang Anda Wajib Tahu Dalam Bidang Copywriting


Copywriting Betulkan Minda Anda Dulu Tujuh Bidang Yang Anda Wajib Tahu


Betulkan Minda Anda Dulu - Tujuh Bidang Yang Anda Wajib Tahu



Bika kita nak memperbetulkan tulisan iklan atau tulisan surat jualan, perkara pertama yang kita kena lakukan ialah membetulkan set minda kita.

1. Jangan jual tapi bantu. Jangan ingat duit dalam kepala kita, bantu mereka. Wang atau imbuhan akan datang cara natural.

2. Jangan jual produk - tetapi jual faedah

3. Jual kepada orang nak membeli sahaja, jangan buang masa kepada orang tak minat. Sebab ada beribu-ribu yang nak beli berbanding yang tak nak.

4. Jual apa yang pelanggan nak beli, bukan jual apa yang anda hendak jual. 

5. Tulis ayat yang pelanggan nak baca dan nak dengar sahaja.

6. Kajian pasaran lebih penting daripada ayat power. Kita mesti tahu produk kita itu ada permintaan yang banyak dan kita tahu di mana pelanggan kita. Ayat power tetapi produk tak ada permintaan pun tak guna.

7. Jangan main syok sendiri. Bisnes ialah satu kerjaya. Ia ada disiplin sendiri dan mesti menimba ilmu perniagaan setiap masa. Jika kita berjaya atau gagal kita yang patut dapat kredit. Jangan salahkan orang lain dan sifu-sifu.



Mahu belajar ilmu copywriting secara serious tanpa perlu membaca?

Tip Menulis Ayat Iklan Yang Menyebabkan Pelanggan Terpaksa Membeli

Pautan Berkaitan:

>>>105 Template Headline Iklan Power Giler

Tuesday, November 20, 2018

Bagaimana Menjana Pendapatan Perniagaan Tanpa Modal Dengan Klikjer

Bagaimana Menjana Pendapatan Perniagaan Tanpa Modal Dengan Klikjer


Allah berfirman '9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan'. Tetapi ramai yang merungut berniaga kerana tiada modal dan tiada pengalaman.


Mari saya tunjukkan contoh perniagaan tanpa modal dan tanpa pengalaman yang mampu memberi sumber pendapatan yang lumayan asalkan rajin.


Perniagaan Affiliate


Konsep perniagaan affiliate sudah lama popular tetapi bukan semua orang tahu. Perniagaan affiliate ialah perniagaan tolong menjualkan produk orang lain dan anda mendapat sebahagian keuntungan perniagaan. Produk dijual secara online dan berbentuk ebook.


Tugas utama anda ialah memasarkan produk itu sehingga ada orang membeli. Anda tak kenal pun siapa yang membeli kerana ia dibuat secara online.


Perniagaan Affiliate Klikjer



Anda boleh dengar video ini dahulu...



Ada banyak perniagaan affiliate di pasaran. Saya hanya recommend perniagaan affiliate Klikjer kerana ia sudah popular di pasaran. Ia syarikat tempatan dan sudah berjaya.

Klikjer ada 35 produk (ebook dan video) dan bertambah dari masa ke masa. 

Faedah Perniagaan Affiliate Klikjer
  • Keuntungan lumayan - Anda mendapat komisyen 50% daripada harga jualan kepada pelanggan
  • Keuntungan terus bank-in ke akaun anda - Bila anda berjaya menghasilkan jualan keuntungan 50% terus dimasukkan ke bank anda.
  • Tidak perlu modal - Tidak perlu modal kerana produk telah disediakan dan hanya pasarkan.
  • Pilih satu daripada 35 produk - Hanya pilih satu daripada 35 produk yang anda suka pasarkan. Jika OK, boleh jual produk lain.
  • Tidak perlu yakinkan pembeli - Tidak perlukan yakinkan pembeli kerana surat jualan itu mewakili penjual dan ditulis secara profesional. Pembeli hanya mahu atau tidak sahaja.
  • Pasarkan secara online - Anda tidak perlu jumpa orang untuk jual produk. Anda hanya pasarkan suratjualan di Facebook, di Youtube, di Instagram, di Twitter, di kumpulan whatsapp, di ruang komen blog orang lain, dan sebagainya.
  • Tidak kos penyertaan - Kos menyertai program affiliate ini percuma
  • Tidak ada sasaran jualan -Syarikat tidak menetapkan sasaran jualan, itu hak anda mahu buat atau tidak

Apa Perlu Anda Lakukan?

1. Langkah pertama ialah mendaftar sebagai affiliate bagi membolehkan anda mendapat id dan link affiliate


Klik KLIKJER dan SIGN-UP seperti pada jadual di bawah.


klikje
Portal Klikjer

2. Anda Akan Dibahagikan Link Affiliate Dan ID

- Contoh: https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=16470
- ID saya: 16470

- Anda akan dibahagikan link seperti di atas 

- Anda diberi username dan password bagi membolehkan anda mengakses sendiri 'opis anda'. 

- Di situ ada semua produk, cara mendapatkan link produk, rekod trafik, rekod jualan, produk yang dijual, komisyen diterima dan komisyen yang telah dibayar.


3. Boleh Terus Pasarkan

- Anda dah boleh pasarkan satu produk atau semua semua produk apabila penyertaan anda diluluskan melalui email.

- Teknik trafik pada blog - selain daripada teknik pemasaran di atas (Fb, twitter dan sebagainya), anda boleh membuat blog atau laman web setiap produk.


- Katakan anda minat produk homestay, anda buat satu blog mengenai homestay sahaja. Buat 10 artikel, katakan satu hari satu artikel dan akan buat 10 artikel dalam 10 hari.

- Letakkan link affiliate anda di bawah setiap muka surat. Praktikkan ilmu copywriting yang pernah saya syerkan.


- Teknik trafik pada youtube - Jika anda ada youtube produk, anda boleh letakkan link affiliate pada 'description' dan letakkan #hashtag keyword produk anda. Anda boleh letakkan keyword pada ruangan tag. 


- Teknik trafik pada video Facebook - Jika anda ada video pada facebook berkaitan produk, anda boleh meletakkan link affiliate dan penuhkan description  dan keywords yang berkaitan video itu.
- Boleh juga letakkan link affiliate pada sebarang posting Fb.


Contoh-Contoh Produk Affiliate Klikjer

Rahsia Mudah RM1,000 Sebulan Dengan Menulis


Monday, November 19, 2018

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan


Oleh: Abd Rahaman Rasid



Kenapa Page Saya Tak Keluar Pada Google?


Pernah anda berfikir produk ada, iklan dah siap, surat jualan dan cantik tapi bila publish, kenapa tak keluar di muka pertama Google atau muka kedua, ketiga dan keempat? Ikut kajian 80% pelayar internet hanya melihat page pertama dan kedua carian Google. Kalau begitu bagaimana nak dapat jualan?

Ada banyak sebab page anda tidak berada di muka pertama Google (lupakan sekejap konsep SEO) tapi satu daripada sebabnya ialah kesilapan pemilihan keyword semasa menulis tajuk iklan, kandungan iklan dan tidak meletakkan keyword yang top atau popolar dalam ruangan yang disediakan (meta tag).

Anda mungkin tidak didedahkan cara memilih keyword yang popular dan top dalam menulis iklan dan surat jualan.

Cara Yang Betul Memilih Keyword

Apa yang dimaksudkan dengan 'keyword yang top' dan 'keyword yang popular'?

Keyword ialah carian oleh pelayar dalam Google dalam mencari maklumat yang mereka kehendaki. Jadi keyword yang popular dan top ialah keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Keyword secara tidak langsung menunjukkan permintaan sesuatu produk.

Berbalik kepada iklan dan surat jualan yang ditulis, maka cara yang terbaik ialah meletakkan keyword popular dan top ke dalam tajuk dan isi kandungan dalam tulisan anda itu. 

Dengan ini apabila top dan popular keyword ditaip oleh pelayar internet, diharapkan mereka akan bertemu laman web jualan atau iklan anda.

Macam Mana Nak Cari Keword YangTop dan Popular?


Cara yang paling mudah ialah install aplikasi percuma Keywords Everywhere kepada komputer anda. Jadi apabila hendak mencari top dan popular keyword, anda hanya taip isu yang hendak hendak selesaikan produk itu. 

Sebagai contoh anda hendak menjual satu produk jenama ABS yang tugasnya hendak menguruskan badan. Anda boleh taip (bayangkan anda bakal pembeli) "ubat kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan paling berkesan" dan lain-lain. Lepas itu anda lihat sebelah kanan skrin dan tengok deretan keyword top dan popular. 

Top keyword digambarkan dengan jumlah volume carian bulanan dan ia disusun mengikut dari top hingga ke bawah. Jadi anda pilih beberapa keyword yang top sahaja...

Kesah Benar Menggunakan Aplikasi Keywords Everywhere

Saya tunjukkan bagaimana saya memilih keyword dalam copywriting saya...


ayat copywriting terbaik
Aplikasi Keywords Everywhere




Saya hendak memasarkan buku "60 Template Iklan Jualan" dan saya sudah mahu menyiapkan sales letter atau laman webnya. Buku ini berkaitan dengan carian 'copywriting iklan'. Saya buat satu carian sahaja sebagai pemahaman walaupun biasa buat beberapa carian untuk cross-checking top keyword.

Saya mahu keyword popular untuk dimasukkan dalam tajuk, body dan metatag (ruang khas keyword).

Sekarang saya nak publish. Saya mahu orang jumpa buku ini di Google. Jadi saya kena tahu apa yang pembeli akan taip di Google untuk jumpa sales letter saya itu.




Buku "60 Template Iklan Jualan" ialah mengenai 'copywriting iklan". Jadi saya taip 'copywriting iklan" di Google, lepas itu kita tengok di sebelah kanan skrin. Apa yang kita nampak (imej di atas) ialah:



Keywords Everywhere senaraikan keyword yang top:


contoh ayat iklan yang menarik - volume 720 carian
contoh ayat copywriting power - volume 590 carian
contoh ayat copywriting power - volume 320 carian


Jadi saya boleh meletakkan keyword-keyword di atas di ruang keyword yang disediakan dalam setiap laman web kita.


Saya juga memasukkan mana-mana top keyword pada tajuk dan dalam body tulisan.


Kesimpulan


Dalam menghasilkan jualan, kita berkehendakkan top dan  popular dalam tulisan iklan dan jualan; dan menulis mengikut panduan copywriting yang standard.





Saturday, November 17, 2018

Apa Itu Unique Selling Proposition Dalam Pemasaran Dan Kaitan Dengan Copywriting?

Apa Itu Unique Selling Proposition Dalam Pemasaran Dan Kaitan Dengan Copywriting?

Oleh: Abd Rahaman Rasid



Apa itu unique selling proposition atau ringkasnya USP? Unique selling proposition ialah keunikan atau kelebihan produk atau perkhidmatan berbanding dengan pesaing lain. Mari menonton video di bawah ini yang berkaitan dengan USP.




Video di atas sebenarnya menunjukkan nasi kukus dengan berlaukkan ayam, atau sotong dan ikan siakap sahaja. Ia dijual di Restoren Sri Keningau di Shah Alam Selangor. Ia tidak ada bezanya nasi kukus berkuah ayam dengan lauk ayam, sotong dan siakap dengan banyak restoran makanan yang sama.

Jadi apa uniknya restoren di atas berbanding dengan restoren lain?


Yang uniknya Restoren Sri Keningau ialah ia cara persembahan makanan kepada pelanggan iaitu di atas di dalam tin bekas jus dan sebagainya.

Keunikan ini atau USP telah dieksploit oleh restoren ini dalam meningkatkan jualan dan bisnesnya. Tentu orang akan tertarik untuk datang dan mencubanya.  Keunikan cara persembahan hidangan diperkuatkan pula dengan resepi tersendiri semasa menggoreng ayam, sotong dan siakap menambahkan lagi keunikan masakan di restoren ini.


Bagaimana USP itu Penting Dalam Pemasaran?


Apabila kita mempunyai produk dan perkhidmatan yang unik, ia boleh memberikan kelebihan pemasaran sekiranya kita bijak memasarkannya samada secara offline atau online. Ia menunjukkan jualan anda tanpa pesaing dan tentu anda boleh mencapai sasaran jualan tahunan. Anda boleh bertahan lama dalam pasaran kerana tiada pesaing perniagaan!

Di sekeliling kita pun banyak produk dan perkhidmatan yang mempunyai USP yang membolehkan mereka menguasai pasaran hampir tiada pesaing yang boleh masuk dan bertahan. Contohnya, Kentucky Fried Chicken, Mac Donald, Ramlee Burger, jam Rolex, kereta BMW, kasut Nike, pil panadol, baju Polo dan banyak lagi.

Jadi bila memilih barangan untuk dijual samada dijual secara direct, affiliate atau dropship, maka sila tengok kepada keunikan atau USPnya.Tanpa USP, pelanggan akan berkata:

"Apa bezanya produk anda dengan produk A", atau
"Sama je produk anda dengan produk A, B dan C" atau
"Mengapa saya harus beli produk anda, bukan produk B?"

Tentu anda kena jawap dengan menyakinkan supaya pembeli itu membeli dari anda, dan anda tentu tidak mahu kehilangan jualan!

Saya sendiri mengedarkan beberapa barang yang mempunyai keunikan. Cuba tengok contohnya untuk anda pelajari.

1. Krim rawatan kulit Ozpure - keunikannya ialah ia krim 100% minyak zaitun tanpa steriod dan ada kelulusan KKM. Hampir semua krim rawatan kulit di klinik dan farmasi steriod, bahan asing yang menyebabkan gatal hilang sekejap sahaja dan datang balik.

2. Krim lelaki Xgene Royale - keunikannya ialah krim sapuan kepada alat kelamin lelaki yang hampir tiada pesaing. Ia dibuat dari ekstrak tongkat ali terbaik, produk diformulasikan oleh Dr Ismail Tambi, pakar sakit tuan terkenal negara kita dan ada KKM. Boleh anda tunjukkan pesaing produk ini?

3. 60 Template Iklan Sales - sebuah buku copywriting yang mengandungi 60 template iklan dan jualan. Template ini telah diuji keberkesanannya sebelum dipasarkan. Anda hanya pilih template yang sesuai dengan produk anda. Hanya copy, edit, save dan upload ke Facebook atau whatsapp. Ada pesaingnya? Yang banyak ialah buku bacaan copywriting sahaja.


Apa kaitan topik Unique Selling Proposition (USP) dengan Copywriting?


Copywriting hanyalah cara penulisan iklan dan surat jualan yang mengikut kaedah prinsip penulisan yang diterima oleh kebanyakan copywriter.

Sungguhpun sesuatu produk itu mempunyai USP tetapi jika tidak cekap dan effisien berkomunikasi dengan pelanggan pun tidak ada maknanya, terutama produk yang dipasarkan secara online.

Jadi penulisan yang baik atau copywriting yang baik adalah resepi juga kepada kejayaan pasaran. Dalam video di atas kita lihat bagaimana ia dirakam dan ditulis dengan baik mengenai produk makanan nasi kukus ayam tonggek.


Kesimpulan


Sekarang anda sudah paham apa itu konsep unique selling proposition dan hubungannya dengan copywriting?

Adakah anda mahu bahan ilmu copywriting terbaik dipasaran? Jika Ya, klik pautan ini:

Copywriting Power Post Covid-19


Ditulis oleh:
Abd Rahaman Rasid CFP

Nota: artikel ini boleh dicopy dan diedarkan dengan memberi kredit kepada penulis dan sumber blog iaitu:
https://copywritingbisnes.blogspot.com/2018/11/unique-selling-proposition.html


 176 Template Copywriting The Story Selling | Belajar Copywriting Dengan 22 Video | Channel Telegram Copywriting | 105 Template Headline Iklan Power Giler

Monday, November 12, 2018

6 Tip Membuat Copywriting Yang Mampu Mengubah Nasib

6 Tip Membuat Copywriting

Anda Hendak Belajar Apa Itu Copywriting?







Tip #1: Tajuk mesti terang, menarik dan boleh panjang - Tajuk paling kritikal dalam copywriting. Tekankan faedah dan halangan pada tajuk. Jika tajuk orang tak baca rugi kerana pembaca tidak akan membaca seterusnya.

Contoh "Bagaimana saya membeli (faedah) rumah tanpa membuat pinjaman bank" (halangan).


Tip #2: Memahami pelanggan - apakah masalah pelanggan? apa yang pelanggan hendak sekarang? apa yang pelanggan hendak selesaikan?
Bagaimana anda boleh tolong selesaikan...


Tip #3: Buat janji yang spesifik - Guna nombor atau statistik. Hahaha...ini asas copywriting.

Contoh: "Program ini dapat mengurangkan berat badan sebanyak 3 kg dalam masa seminggu"


Tip #4: Tunjukkan bukti berdasarkan janji di atas.

Contoh: Statistik/testimoni/kes study/foto (biasa sebelum dan selepas)


Tip #5: Apa yang kita mahu pembeli bertindak: Call to action.

Contoh: suruh membeli barangan, klik pautan,


Tip #6: Timbulkan urgency atau kekurangan: apa akan terjadi atau kerugian kepada pengguna jika tidak bertindak sekarang.

Contoh: bagi diskaun dalam masa terhad, offer terhad hingga jam 12:00 malam



Anda mahu belajar secara serious ilmu copywriting perniagaan? 

Copywriting Untuk Semua Jenis Perniagaan


Mazhab Copywriting 105 Template Headline Iklan Power Giler | 176 Template Copywriting The Story Selling | Channel Telegram Copywriting |

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

mengapa peniaga online tidak jual benefit tapi menjual proses
Peniaga Online

Jangan Jual Proses Jual Result


Untuk mereka yang baru berniaga online: Bila korang nak jual produk dekat orang yang belum kenal.

Ada tiga cara paling cepat untuk boom-kan produk tu:

1) Minta pelanggan sedia ada rekemen.

2) Give value first, sell later.

3) Product demo.

[Post ini serius panjang. Klik share untuk simpan di FB wall masing-masing. Nanti boleh rujuk balik]

Hari ni saya nak cerita sikit tentang ilmu Direct-Response Copywriting:

"Satu ilmu yang boleh buatkan orang membeli serta merta"

Excited nak belajar?

Okay, rule dia ...

Jangan jual PROSES, jual RESULT.

Orang hanya nak tahu proses, selepas dia nampak result.

Kesilapan ramai peniaga, dia cuba nak terang;

- "Susah payah dia hasilkan produk tu"

- "Produk ni ada KKM, susah tau dapat KKM"

- "Produk aku ni, herba dia dari amazon"

Korang ingat prospek ada masa untuk sakit kepala simpati dengan susahnya korang?

Memang tak la. Semua orang pentingkan diri kot.. huhu

===================

Saya bocor sikit rahsianya yer

Maaf cakap!

Orang kita ni terutamanya Melayu, memang mudah dipengaruhi dengan fast-proven-result ni...

Sebab tu saya tak pelik. Produk yang putih-putih sekelip mata tu masih laku di Malaysia.

Sebab orang kita mudah terpengaruh dengan RESULT.

"Faris, habis tu produk putih-putih akak tak laku pun?"

Sebab akak tak jual result la tu.

Akak asyik jual produk jer. Produk akak power la. Produk akak ada lulus KKM la.

Ingat: "Tak semua orang educated macam kita. Tak semua orang tahu apa yang kita tahu. tak semua orang sedar KKM tu penting, macam ktia sedar"

Jadi jangan fokus benda yang prospek tak nak, fokus apa yang mereka nak 

=====================

Contoh: Jual tudung

Prospek tak kisah sangat pun korang beli kain dekat negara cina ke, kena upah designer mahal2 ke, kena berpeluh buat photoshoot bawah matahari ke...

Serius diorang tak kisah!

Prospek hanya kisah pasal diri dia jer.

Jadi apa korang perlu buat? Jual RESULT yang prospek nak.

Jual la experience bila orang pakai tudung tu nampak cantik. Bila pakai orang puji.. orang pandang ada kelass, ada taste, dll

Elakkan cerita tentang proses yang penat tu.
Buat sakit hati jer

Jual result! 

==========

Ok berbalik kepada 3 cara yang saya bagitahu tadi.

Ini langkah demi langkah yang korang boleh apply.

Cara 1# - Minta Rekemen


Kenapa ia berkesan?

Mostly, orang lebih percayakan kawan dia berbanding penjual.

Kita orang buat kelas beribu ringgit tu pun. Yang datang mostly hasil daripada rekemendasi member.

Member yang dah percaya kita boleh deliver ilmu dengan baik.

Jadi, tugas kita adalah buatkan pelanggan sedia ada berpuas hati. Jaga mereka elok-elok. Supaya dia rekemen produk @ servis kita.

Bila kawan yang rekemen, kita biasanya tak kisah sangat pun dengan harga.

Sebab kawan kan? Tak kan la kawan kita menipu kot? Itulah yang berlaku dalam minda separa sedar prospek

Jelas setakat ni?

Cara 2# - Give Value First, Sell Later


Kenapa ia berkesan?

Sebab daripada kecik kita telah dilatih untuk menghomati insan yang berma GURU.

Siapa sahaja yang memberi nilai dalam hidup kita akan dianggap sebagai guru.

Bukan sahaja dihormati, bahkan apa yang GURU sebut. Kita anak murid kena percaya. Jangan bangkang.

Perasan tak benda ni berlaku dalam diri kita?

Ini mindset yang telah ditanam sejak dari kita kecil lagi.

Bila kita mahu dinobatkan sebagai guru di dalam hati prospek. Bagilah VALUE dulu sebelum menjual.

Insyaallah, selepas tu apa yang kita cakap, rekemen, orang akan ikut. Sebab mereka dah percaya kita. Kita GURU mereka.

Jelas setakat ni? Ok, ini lastt...

Cara 3# - Product Demo


Kenapa ia berkesan?
Pernah tak dengar orang kata:

- “Show, don’t tell”

- “Picture speak louder than word”

Banyak lagi la. Ya, saya setuju dengan quoate ini.

Visual (seperti gambar atau video) adalah cara cepat untuk sampaikan mesej dan mempengaruhi prospek.

Copywriting juga penting, ia ada peranan yang lain. Cuma visual ni adalah cara cepat untuk tarik perhatian dan buatkan prospek nak tahu serta merta.

Daripada korang cerita, produk korang kalis air.

Lebih bagus korang masukkan jer terus produk tu dalam air.

Nampak poin yang saya cuba sampaikan?

=======================

Sekian itu saje. Korang belajar sesuatu?

Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan. Tapi macam saya bagitahu sebelum ini.

Bila penyampaian tu dalam bentuk teks, ia jadi terhad. Tak semua benda orang boleh 'tangkap'.

- Fokus kita membaca pun bukan lama sangat.

- Sorang paling lama 30 minit

- Leaps tu, otak dia akan penat.

So, jika korang orang visual yang memang#SERIUS nak #mendalami ilmu #psikologi di sebalik iklan-iklan yang berkesan ni….

Saya dah susun siap-siap 22 video khas step by step lengkap dari zero sampai anda boleh hasilkan iklan sendiri di online.

Saya terang guna #video, supaya cepat faham.

Dan boleh terus buat.

Bak kata John Caples:

“Copywriting is writing a believable message to the right person”

- Copywriting bukan sekadar tulis

- Kita kena tulis mesej yang dipercayai

- Ada ilmu psikologi disebalik iklan yang power

- Fahamkan proses dulu.

- Lepas ni senang la korang nak buat iklan

=============

Ada siapa nak belajar ilmu ni?

Komen: “NAK”

Setakat ni pelaburan untuk 22 video ni bawah 100 ringgit lagi la. Kalau korang rasa mahal jugak, tak tahu nak cakap apa. huhu

Itu harga hari ni. Esok2x kalau mood saya happy. Saya naikkan terus sampai RM290. Padan muka!

Siapa suruh lambat.. hmmm

Sumber: Klik lmej ini. Kredit kepada Faris Osman


Sunday, November 4, 2018

Rahsia Pemikat Jualan Ramai Peniaga Tidak Tahu

Rahsia Pemikat Jualan


TERBAHARU DIPASARAN...

DAPATKAN PANDUAN LENGKAP COPYWRITING BAGI PENULISAN IKLAN DAN SURAT JUALAN ANDA



ebook copywriting top di malaysia















10 tahun lepas kami melancarkan panduan copywriting 'Rahsia Formula Pemikat Jualan'. 

"TRENDING SANGAT" sangat masa ni.. 

Panduan copywriting yang memperkenalkan konsep PeMiKaT dalam penulisan.

Hari ini setelah 10 tahun, ia dilancarkan semula dengan nama Rahsia Pemikat Jualan.

Isi kandungannya dipertingkat di mana pertambahan 70% bahan baru yang mengikut trend copywriting 2018.

Apa Yang Terkandung Dalam Pakej Rahsia Pemikat Jualan?


1. Kitab Utama

Melalui e-kitab (ebook) ini anda akan belajar daripada asas secara teori apa sebenarnya Pemikat Jualan itu; bagaimana membina Minda Copywriting yang betul dan bagaimana proses Pemikat Jualan melalui Formula GEMPA yang boleh mempengaruhi emosi membeli manusia. 

Kita juga akan melihat secara asasnya bagaimana kita boleh membina ayat jualan ikut cara Pemikat Jualan.

2. Kitab Corong Jualan

Dalam e-kitab ini anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh membina corong jualan anda dalam kerja marketing anda. Apakah medium-medium yang boleh anda gunakan untuk bina corong anda dan di mana sebenarnya untuk menjual atau mendapatkan jualan di dalam corong anda itu sehingga anda tahu dimana posisinya dalam corong agar kita boleh gandakan keuntungan kita.

3. Kitab Bagaimana Nak Mula

Setelah kita telah faham asas copywriting, tahu bagaimana hendak membina minda copywriting dan tahu bagaimana untuk mempengaruhi emosi membeli manusia maka kita perlu mula menulis. Sebelum menulis kita perlu tahu apa yang nak ditulis jadi kita perlukan data (maklumat) yang betul. Jadi kitab ini akan pandu anda bagaimana anda boleh membuat kajian untuk mendapatkan maklumat yang betul dengan menggunakan Canvas Copywriting.

4. Kitab Ayat Iklan

Ayat jualan dan ayat iklan bukan benda yang sama. Ayat jualan untuk cipta jualan tetapi ayat iklan untuk menarik bakal pelanggan berpotensi untuk datang kepada kita. Jadi bagaimana untuk kita pengaruhi bakal pelanggan datang kepada kita melalui penulisan iklan. Ini kita akan belajar dalam e-kitab ini.

Ianya sangat sesuai buat mereka yang tak pandai atau tidak berpengalaman dalam copywriting atau yang nak "touch up" kemahiran copywriting menjadi lebih pro.

Pakej ini boleh dikatakan sangat lengkap dari banyak sudut copywriting.

Cara Mendapatkan Pakej E-Kitab Rahsia Pemikat Jualan


rahsia pemikat jualan ialah ebook copywriting

Ada banyak lagi sebenarnya yang akan anda dapat dengan Pakej Rahsia Pemikat Jualan kali ini. Usahawan online samada anda sebagai pemilik atau staf yang terlibat dalam copywriting menulis iklan dan surat dan web jualan disyorkan memiliki set ini.
.

Penerangan Panduan Copywriting Rahsia Pemikat Jualan Oleh Copywriter Zahrul Azua





Nak tengok detail tawaran kami boleh klik sini:

Saturday, November 3, 2018

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression


Anda biasa dengar orang kata 'first impression'?

First impression ialah benda pertama yang anda lihat, anda dengar, anda rasa dan anda baca. First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati.

Begitu juga dalam penulisan iklan dan surat jualan. Jika first impressionnya tidak menarik, 'boring' dan tidak relevan tentu orang tidak akan membacanya. Jika first impression menjanjikan faedah, ada sesuatu benda baru yang relevan kepada pembaca - maka first impression akan memenangi hati pembaca. Ia permulaan yang berbaloi dalam memujuk pembeli membeli produk anda.

Realitinya, apa itu 'first impression'?
  • Tulisan iklan - tajuk dan bagi brochure ialah kulitnya
  • Radio dan TV - beberapa saat pertama orang mendengar dan menonton
  • Siaran akbar - paragraph utama atau pertama
  • Pembentangan powerpoint - 2-3 slide yang pertama
  • Laman web - muka depan laman web dan satu dua muka surat berikutnya
  • Email marketing - apa yang ditulis 'From' dan 'Subject'
Jadi, walau macam mana hebat pun tulisan anda atau begitu berkesannya produk anda - tapi jika tajuk iklan anda gagal menarik perhatian pembeli, maka jualan anda akan gagal. Jadi anda tidak perlu menulis iklan yang berbunga-bunga bagi menarik perhatian pembeli.

4 Fungsi Tajuk

1. Tarik perhatian
2. Memilih pembaca
3. Menyampaikan mesej
4. Menarik pembaca supaya membaca terus tulisan


1. Menarik Perhatian (Get Attention)



Satu daripada cara bagi menarik perhatian pembaca ialah pemakluman mengenai "berita", contohnya:


  • Baru
  • Penemuan (discover)
  • Memperkenalkan
  • Sekarang (Now)
  • Akhirnya (at last)
  • Baru Sampai (just arrived)
Ungkapan "PERCUMA" (free) adalah antara perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam tajuk untuk menarik perhatian pembaca.

Lain-lain ungkapan atau perkataan yang dimasukkan dalam tajuk bagi menarik perhatian pembaca ialah:


  • Bagaimana
  • Mengapa
  • Jualan (sale)
  • Jimat
  • Mudah
  • Stok penghabisan
  • Peluang terakhir
  • Gerenti
  • Terbukti
Tajuk yang menawarkan maklumat berguna juga dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya:
  • "Laporan percuma...sila download disini...
  • Bagaimana membuat laksam Johor...
  • Cara menangkap lipas semasa anda tidur...
Elakkan membuat tajuk iklan yang menarik tetapi ia tidak menjanjikan faedah dan akhirnya tanpa jualan.


2. Memilih Pelanggan (Select the Audience)



Jika sekiranya sesuatu iklan untuk kumpulan tertentu, dinasehatkan tajuk iklan ditulis untuk dibaca oleh kumpulan itu sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan tidak perlu melayan soalan yang tidak relevan.

Contohnya, iklan perumahan untuk pegawai kerajaan sahaja, ia boleh ditulis "Peluang memiliki rumah untuk pegawai-pegawai Kerajaan sahaja"

Contoh lain, "Pemeriksaan mata percuma bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas"


3. Menyampaikan Mesej Sepenuhnya (Delivering A Complete Message)



Ada kajian menunjukkan 4 daripada 5 pembaca akan membaca tajuk dan tidak membaca kandungan seterusnya. Ini bermakna tajuk iklan mesti lengkap bagi menyampaikan keseluruhan mesej iklan menjual kepada 80% pembaca.

Contoh: "Aircond ABC dapat menjimatkan 50% bil letrik "
Contoh: "Anda boleh mendapat 50% komisyen dengan menjual ebook Rahsia Pemikat Jualan"

4. Menarik Pembaca Supaya Membaca Isi Kandungan Laporan


Setengah produk yang dijual memerlukan pembaca membaca detailnya. Jadi tajuk iklan mestilah menarik supaya pembaca teruja membacanya.

Contoh: "400 Kesalahan Dalam Solat"
Contoh: "25 Tip Bisnes Internet"


Kesimpulan



1. Bila buat copywriting iklan atau surat jualan tolong buat tajuk yang dapat mencuri mata pembaca. Jika pembaca tidak tertarik dengan tajuk, saya anggap anda telah gagal dalam membuat iklan dan surat jualan.

2. Bila buat copywriting iklan biar ikhlas dan pentingkan faedah barangan kepada pembeli. Tajuk yang menarik tetapi produknya tidak memberi faedah kepada pembeli boleh dianggap menipu dan ia merugikan penulis juga.

3. Bila kita membuat iklan atau surat jualan, tajuk ada empat fungsi:


  • Tajuk mesti mempunyai perkataan yang dapat menarik mata pembaca - get attention
  • Tajuk juga untuk memilih pelanggan yang tertentu sahaja - select the audience
  • Tajuk yang membolehkan majoriti pembeli boleh membuat keputusan sertamerta - delivering a complete message
  • Tajuk yang mahukan pembaca membaca detailnya - drawing the reader into the body copy


Cara Menulis Copywriting Hebat

Copywriting Terbaik 105 Template Headline Iklan Power Giler | 176 Template Copywriting The Story Selling | Channel Telegram Copywriting |

Friday, November 2, 2018

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habi

Anda ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Guna Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habis

Menulis iklan bukanlah susah. Yang susah ialah nak suruh orang baca sampai habis dan kemudian tanpa fikir panjang beli produk dari kita.

Jadi pada hari ini, saya nak syer tiga tip dengan anda.

Bagaimana Nak Tarik Prospek Dan Buatkan Mereka Baca Iklan Sampai Habis?


Mari saya syerkan tiga perkara penting dalam menulis iklan:

1. Ayat Mempertikai Fakta


Tulis ayat yang mempertikaikan fakta semasa.

Kenapa? Sebab manusia memang pantang ditegur, lagi-lagi berkait dengan benda yang kita percaya.

Imagine, fakta yang dah percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu sebabnya.

Jika anda masukkan tip ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu giler dan akan baca iklan hingga habis.

Contoh produk rawatan kulit.  Fakta semasa yang mereka terima mungkin ialah:

“Krim minyak zaitun Ozpure terbukti boleh mengilangkan sakit ekzema kurang dari 10 hari” —> Ini fakta semasa!

Tapi anda pula ada bukti atau pandangan yang bertentangan, iaitu:

“Betul ke krim minyak zaitun Ozpure boleh hilangkan ekzema?

Tajuk seperti di atas selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena dan gelisah - lebih-lebih lagi kalau mereka dah pernah guna produk Ozpure.

Jadi tugas kita senang saja:
- Mempertikai fakta sedia ada.
- Buatkan ia jadi sedikit kontroversi
- Kemudian, bagi bukti.

Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.

Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Cara menulis ini baru lah mesej kita mudah diterima akal.

2. Ayat ingatkan The Big Why + Tips


Apa itu big why?

Big why ialah sebab utama anda buat keputusan untuk melakukan sesuatu.

Saya percaya, setiap orang mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi setelah beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian menjadi hilang dalam ingatan.

Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan semula big why dalam ayat iklan kita.

Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;

- Siapa prospek kita?
- Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
- Kenapa mereka perlu berjaya?

Selepas buat kajian, kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya big why ialah mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu dan ayah di kampung.

Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;

“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”

Selepas anda ingatkan big why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.

Mudah saja cara no.2 ini kan?

- Ingatkan big why.
- Kemudian, bagi tip atau solusi

Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti:

“Berminat nak tahu lebih? Hubungi saya.”

3. Ayat Maklumat Yang ‘ramai tak tahu’


Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan maklumat terbaru.


Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya self-esteem.

Self esteem maksudnya sentiasa mahu meningkatkan status diri.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, orang nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.

Jika mereka dapat tahu sesuatu maklumat sebelum orang lain tahu, mereka akan berasa bangga dan bangga berkongsi info tersebut.

Contohnya kalau untuk pemasaran hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan di atas.

Anda nak jadikan ia lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan seperti, pelabur hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca iklan tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?


Teruja nak belajar dengan lebih lengkap? Dah penat menulis surat jualan atau iklan tapi takda jualan?


Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, saya syor anda  rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.

Dalam 22 video tersebut ada diterangkan secara terperinci:

  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara mudah untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • dan banyak lagi.

Lengkap dari tanpa pengetahuan shingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri. Terujakan?

Anda serious nak menulis iklan hingga pelanggan terpedaya nak beli produk anda?


Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...