Showing posts with label surat jualan. Show all posts
Showing posts with label surat jualan. Show all posts

Monday, November 19, 2018

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan


Oleh: Abd Rahaman Rasid



Kenapa Page Saya Tak Keluar Pada Google?


Pernah anda berfikir produk ada, iklan dah siap, surat jualan dan cantik tapi bila publish, kenapa tak keluar di muka pertama Google atau muka kedua, ketiga dan keempat? Ikut kajian 80% pelayar internet hanya melihat page pertama dan kedua carian Google. Kalau begitu bagaimana nak dapat jualan?

Ada banyak sebab page anda tidak berada di muka pertama Google (lupakan sekejap konsep SEO) tapi satu daripada sebabnya ialah kesilapan pemilihan keyword semasa menulis tajuk iklan, kandungan iklan dan tidak meletakkan keyword yang top atau popolar dalam ruangan yang disediakan (meta tag).

Anda mungkin tidak didedahkan cara memilih keyword yang popular dan top dalam menulis iklan dan surat jualan.

Cara Yang Betul Memilih Keyword

Apa yang dimaksudkan dengan 'keyword yang top' dan 'keyword yang popular'?

Keyword ialah carian oleh pelayar dalam Google dalam mencari maklumat yang mereka kehendaki. Jadi keyword yang popular dan top ialah keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Keyword secara tidak langsung menunjukkan permintaan sesuatu produk.

Berbalik kepada iklan dan surat jualan yang ditulis, maka cara yang terbaik ialah meletakkan keyword popular dan top ke dalam tajuk dan isi kandungan dalam tulisan anda itu. 

Dengan ini apabila top dan popular keyword ditaip oleh pelayar internet, diharapkan mereka akan bertemu laman web jualan atau iklan anda.

Macam Mana Nak Cari Keword YangTop dan Popular?


Cara yang paling mudah ialah install aplikasi percuma Keywords Everywhere kepada komputer anda. Jadi apabila hendak mencari top dan popular keyword, anda hanya taip isu yang hendak hendak selesaikan produk itu. 

Sebagai contoh anda hendak menjual satu produk jenama ABS yang tugasnya hendak menguruskan badan. Anda boleh taip (bayangkan anda bakal pembeli) "ubat kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan paling berkesan" dan lain-lain. Lepas itu anda lihat sebelah kanan skrin dan tengok deretan keyword top dan popular. 

Top keyword digambarkan dengan jumlah volume carian bulanan dan ia disusun mengikut dari top hingga ke bawah. Jadi anda pilih beberapa keyword yang top sahaja...

Kesah Benar Menggunakan Aplikasi Keywords Everywhere

Saya tunjukkan bagaimana saya memilih keyword dalam copywriting saya...


ayat copywriting terbaik
Aplikasi Keywords Everywhere




Saya hendak memasarkan buku "60 Template Iklan Jualan" dan saya sudah mahu menyiapkan sales letter atau laman webnya. Buku ini berkaitan dengan carian 'copywriting iklan'. Saya buat satu carian sahaja sebagai pemahaman walaupun biasa buat beberapa carian untuk cross-checking top keyword.

Saya mahu keyword popular untuk dimasukkan dalam tajuk, body dan metatag (ruang khas keyword).

Sekarang saya nak publish. Saya mahu orang jumpa buku ini di Google. Jadi saya kena tahu apa yang pembeli akan taip di Google untuk jumpa sales letter saya itu.




Buku "60 Template Iklan Jualan" ialah mengenai 'copywriting iklan". Jadi saya taip 'copywriting iklan" di Google, lepas itu kita tengok di sebelah kanan skrin. Apa yang kita nampak (imej di atas) ialah:



Keywords Everywhere senaraikan keyword yang top:


contoh ayat iklan yang menarik - volume 720 carian
contoh ayat copywriting power - volume 590 carian
contoh ayat copywriting power - volume 320 carian


Jadi saya boleh meletakkan keyword-keyword di atas di ruang keyword yang disediakan dalam setiap laman web kita.


Saya juga memasukkan mana-mana top keyword pada tajuk dan dalam body tulisan.


Kesimpulan


Dalam menghasilkan jualan, kita berkehendakkan top dan  popular dalam tulisan iklan dan jualan; dan menulis mengikut panduan copywriting yang standard.





Monday, November 12, 2018

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

mengapa peniaga online tidak jual benefit tapi menjual proses
Peniaga Online

Jangan Jual Proses Jual Result


Untuk mereka yang baru berniaga online: Bila korang nak jual produk dekat orang yang belum kenal.

Ada tiga cara paling cepat untuk boom-kan produk tu:

1) Minta pelanggan sedia ada rekemen.

2) Give value first, sell later.

3) Product demo.

[Post ini serius panjang. Klik share untuk simpan di FB wall masing-masing. Nanti boleh rujuk balik]

Hari ni saya nak cerita sikit tentang ilmu Direct-Response Copywriting:

"Satu ilmu yang boleh buatkan orang membeli serta merta"

Excited nak belajar?

Okay, rule dia ...

Jangan jual PROSES, jual RESULT.

Orang hanya nak tahu proses, selepas dia nampak result.

Kesilapan ramai peniaga, dia cuba nak terang;

- "Susah payah dia hasilkan produk tu"

- "Produk ni ada KKM, susah tau dapat KKM"

- "Produk aku ni, herba dia dari amazon"

Korang ingat prospek ada masa untuk sakit kepala simpati dengan susahnya korang?

Memang tak la. Semua orang pentingkan diri kot.. huhu

===================

Saya bocor sikit rahsianya yer

Maaf cakap!

Orang kita ni terutamanya Melayu, memang mudah dipengaruhi dengan fast-proven-result ni...

Sebab tu saya tak pelik. Produk yang putih-putih sekelip mata tu masih laku di Malaysia.

Sebab orang kita mudah terpengaruh dengan RESULT.

"Faris, habis tu produk putih-putih akak tak laku pun?"

Sebab akak tak jual result la tu.

Akak asyik jual produk jer. Produk akak power la. Produk akak ada lulus KKM la.

Ingat: "Tak semua orang educated macam kita. Tak semua orang tahu apa yang kita tahu. tak semua orang sedar KKM tu penting, macam ktia sedar"

Jadi jangan fokus benda yang prospek tak nak, fokus apa yang mereka nak 

=====================

Contoh: Jual tudung

Prospek tak kisah sangat pun korang beli kain dekat negara cina ke, kena upah designer mahal2 ke, kena berpeluh buat photoshoot bawah matahari ke...

Serius diorang tak kisah!

Prospek hanya kisah pasal diri dia jer.

Jadi apa korang perlu buat? Jual RESULT yang prospek nak.

Jual la experience bila orang pakai tudung tu nampak cantik. Bila pakai orang puji.. orang pandang ada kelass, ada taste, dll

Elakkan cerita tentang proses yang penat tu.
Buat sakit hati jer

Jual result! 

==========

Ok berbalik kepada 3 cara yang saya bagitahu tadi.

Ini langkah demi langkah yang korang boleh apply.

Cara 1# - Minta Rekemen


Kenapa ia berkesan?

Mostly, orang lebih percayakan kawan dia berbanding penjual.

Kita orang buat kelas beribu ringgit tu pun. Yang datang mostly hasil daripada rekemendasi member.

Member yang dah percaya kita boleh deliver ilmu dengan baik.

Jadi, tugas kita adalah buatkan pelanggan sedia ada berpuas hati. Jaga mereka elok-elok. Supaya dia rekemen produk @ servis kita.

Bila kawan yang rekemen, kita biasanya tak kisah sangat pun dengan harga.

Sebab kawan kan? Tak kan la kawan kita menipu kot? Itulah yang berlaku dalam minda separa sedar prospek

Jelas setakat ni?

Cara 2# - Give Value First, Sell Later


Kenapa ia berkesan?

Sebab daripada kecik kita telah dilatih untuk menghomati insan yang berma GURU.

Siapa sahaja yang memberi nilai dalam hidup kita akan dianggap sebagai guru.

Bukan sahaja dihormati, bahkan apa yang GURU sebut. Kita anak murid kena percaya. Jangan bangkang.

Perasan tak benda ni berlaku dalam diri kita?

Ini mindset yang telah ditanam sejak dari kita kecil lagi.

Bila kita mahu dinobatkan sebagai guru di dalam hati prospek. Bagilah VALUE dulu sebelum menjual.

Insyaallah, selepas tu apa yang kita cakap, rekemen, orang akan ikut. Sebab mereka dah percaya kita. Kita GURU mereka.

Jelas setakat ni? Ok, ini lastt...

Cara 3# - Product Demo


Kenapa ia berkesan?
Pernah tak dengar orang kata:

- “Show, don’t tell”

- “Picture speak louder than word”

Banyak lagi la. Ya, saya setuju dengan quoate ini.

Visual (seperti gambar atau video) adalah cara cepat untuk sampaikan mesej dan mempengaruhi prospek.

Copywriting juga penting, ia ada peranan yang lain. Cuma visual ni adalah cara cepat untuk tarik perhatian dan buatkan prospek nak tahu serta merta.

Daripada korang cerita, produk korang kalis air.

Lebih bagus korang masukkan jer terus produk tu dalam air.

Nampak poin yang saya cuba sampaikan?

=======================

Sekian itu saje. Korang belajar sesuatu?

Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan. Tapi macam saya bagitahu sebelum ini.

Bila penyampaian tu dalam bentuk teks, ia jadi terhad. Tak semua benda orang boleh 'tangkap'.

- Fokus kita membaca pun bukan lama sangat.

- Sorang paling lama 30 minit

- Leaps tu, otak dia akan penat.

So, jika korang orang visual yang memang#SERIUS nak #mendalami ilmu #psikologi di sebalik iklan-iklan yang berkesan ni….

Saya dah susun siap-siap 22 video khas step by step lengkap dari zero sampai anda boleh hasilkan iklan sendiri di online.

Saya terang guna #video, supaya cepat faham.

Dan boleh terus buat.

Bak kata John Caples:

“Copywriting is writing a believable message to the right person”

- Copywriting bukan sekadar tulis

- Kita kena tulis mesej yang dipercayai

- Ada ilmu psikologi disebalik iklan yang power

- Fahamkan proses dulu.

- Lepas ni senang la korang nak buat iklan

=============

Ada siapa nak belajar ilmu ni?

Komen: “NAK”

Setakat ni pelaburan untuk 22 video ni bawah 100 ringgit lagi la. Kalau korang rasa mahal jugak, tak tahu nak cakap apa. huhu

Itu harga hari ni. Esok2x kalau mood saya happy. Saya naikkan terus sampai RM290. Padan muka!

Siapa suruh lambat.. hmmm

Sumber: Klik lmej ini. Kredit kepada Faris Osman


Sunday, November 11, 2018

Apa Dia 5 Format Asas Surat Jualan Sebelum Berguru dan Berbayar Dengan Sifu Copywriting?

Apa Dia 5 Format Asas Surat Jualan Sebelum Berguru dan Berbayar Dengan Sifu Copywriting?

format asas surat jualan copywriting
Format asas copywriting


Format Asas Surat Jualan Abd Rahaman Rasid November 11, 2018 


Lima Topik Surat Jualan




1. Tajuk - Tajuk mesti mengancam supaya orang terpaksa membaca seterusnya 

2. Pembuka - MASALAH pengguna dan IMPAK

3. Badan - Bagaimana produk ini boleh selesaikan masalah pelanggan/pembeli
- Deskripsi 1@ ciri produk - faedahnya
- Deskripsi 2@ciri produk - faedahnya
- Deskripsi 3@ciri produk - faedahnya
- Keunikan produk (unique selling proposition) berbanding pesaingnya - ada KKM, pengiktirafan antarabangsa
- Bukti - testimoni pelanggan yang telah menggunakan produk ini

4. Arahan Bertindak (Call To Action)
- Suruhan bertindak: klik untuk order, klik untuk pergi ke laman web lain 

5. Penutup - Siapa Anda - nama, alamat, no hp, email untuk hubungi

Asas Menulis Copywriting Yang Wajib Anda Tahu


Saturday, November 3, 2018

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression


Anda biasa dengar orang kata 'first impression'?

First impression ialah benda pertama yang anda lihat, anda dengar, anda rasa dan anda baca. First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati.

Begitu juga dalam penulisan iklan dan surat jualan. Jika first impressionnya tidak menarik, 'boring' dan tidak relevan tentu orang tidak akan membacanya. Jika first impression menjanjikan faedah, ada sesuatu benda baru yang relevan kepada pembaca - maka first impression akan memenangi hati pembaca. Ia permulaan yang berbaloi dalam memujuk pembeli membeli produk anda.

Realitinya, apa itu 'first impression'?
  • Tulisan iklan - tajuk dan bagi brochure ialah kulitnya
  • Radio dan TV - beberapa saat pertama orang mendengar dan menonton
  • Siaran akbar - paragraph utama atau pertama
  • Pembentangan powerpoint - 2-3 slide yang pertama
  • Laman web - muka depan laman web dan satu dua muka surat berikutnya
  • Email marketing - apa yang ditulis 'From' dan 'Subject'
Jadi, walau macam mana hebat pun tulisan anda atau begitu berkesannya produk anda - tapi jika tajuk iklan anda gagal menarik perhatian pembeli, maka jualan anda akan gagal. Jadi anda tidak perlu menulis iklan yang berbunga-bunga bagi menarik perhatian pembeli.

4 Fungsi Tajuk

1. Tarik perhatian
2. Memilih pembaca
3. Menyampaikan mesej
4. Menarik pembaca supaya membaca terus tulisan


1. Menarik Perhatian (Get Attention)



Satu daripada cara bagi menarik perhatian pembaca ialah pemakluman mengenai "berita", contohnya:


  • Baru
  • Penemuan (discover)
  • Memperkenalkan
  • Sekarang (Now)
  • Akhirnya (at last)
  • Baru Sampai (just arrived)
Ungkapan "PERCUMA" (free) adalah antara perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam tajuk untuk menarik perhatian pembaca.

Lain-lain ungkapan atau perkataan yang dimasukkan dalam tajuk bagi menarik perhatian pembaca ialah:


  • Bagaimana
  • Mengapa
  • Jualan (sale)
  • Jimat
  • Mudah
  • Stok penghabisan
  • Peluang terakhir
  • Gerenti
  • Terbukti
Tajuk yang menawarkan maklumat berguna juga dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya:
  • "Laporan percuma...sila download disini...
  • Bagaimana membuat laksam Johor...
  • Cara menangkap lipas semasa anda tidur...
Elakkan membuat tajuk iklan yang menarik tetapi ia tidak menjanjikan faedah dan akhirnya tanpa jualan.


2. Memilih Pelanggan (Select the Audience)



Jika sekiranya sesuatu iklan untuk kumpulan tertentu, dinasehatkan tajuk iklan ditulis untuk dibaca oleh kumpulan itu sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan tidak perlu melayan soalan yang tidak relevan.

Contohnya, iklan perumahan untuk pegawai kerajaan sahaja, ia boleh ditulis "Peluang memiliki rumah untuk pegawai-pegawai Kerajaan sahaja"

Contoh lain, "Pemeriksaan mata percuma bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas"


3. Menyampaikan Mesej Sepenuhnya (Delivering A Complete Message)



Ada kajian menunjukkan 4 daripada 5 pembaca akan membaca tajuk dan tidak membaca kandungan seterusnya. Ini bermakna tajuk iklan mesti lengkap bagi menyampaikan keseluruhan mesej iklan menjual kepada 80% pembaca.

Contoh: "Aircond ABC dapat menjimatkan 50% bil letrik "
Contoh: "Anda boleh mendapat 50% komisyen dengan menjual ebook Rahsia Pemikat Jualan"

4. Menarik Pembaca Supaya Membaca Isi Kandungan Laporan


Setengah produk yang dijual memerlukan pembaca membaca detailnya. Jadi tajuk iklan mestilah menarik supaya pembaca teruja membacanya.

Contoh: "400 Kesalahan Dalam Solat"
Contoh: "25 Tip Bisnes Internet"


Kesimpulan



1. Bila buat copywriting iklan atau surat jualan tolong buat tajuk yang dapat mencuri mata pembaca. Jika pembaca tidak tertarik dengan tajuk, saya anggap anda telah gagal dalam membuat iklan dan surat jualan.

2. Bila buat copywriting iklan biar ikhlas dan pentingkan faedah barangan kepada pembeli. Tajuk yang menarik tetapi produknya tidak memberi faedah kepada pembeli boleh dianggap menipu dan ia merugikan penulis juga.

3. Bila kita membuat iklan atau surat jualan, tajuk ada empat fungsi:


  • Tajuk mesti mempunyai perkataan yang dapat menarik mata pembaca - get attention
  • Tajuk juga untuk memilih pelanggan yang tertentu sahaja - select the audience
  • Tajuk yang membolehkan majoriti pembeli boleh membuat keputusan sertamerta - delivering a complete message
  • Tajuk yang mahukan pembaca membaca detailnya - drawing the reader into the body copy


Cara Menulis Copywriting Hebat

Copywriting Terbaik 105 Template Headline Iklan Power Giler | 176 Template Copywriting The Story Selling | Channel Telegram Copywriting |

Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...