Showing posts with label copywriting jualan. Show all posts
Showing posts with label copywriting jualan. Show all posts

Wednesday, November 14, 2018

Bagaimana Membuat Iklan dan Surat Jualan Tanpa Mengupah Copywriter

Bagaimana Membuat Iklan dan Surat Jualan Tanpa Mengupah Copywriter


Tidak ada lagi alasan jualan tidak ada kerana tidak tahu menulis iklan...


Adoooh banyak habis wang bayar fbad dan google ads tapi sale tak naik, hanya baki kredit kad yang naik...


Al-kisah, satu hari jumpa member di KLCC - dua tahun tak jumpa...tengah shopping. Lalu aku ajak minum. Dipendekkan cerita member dah berjaya bisnes online dan dah kaya raya, guna iklan fbads dan adwords. 

Dulu dia pun macam gua juga sama-sama berjuang dalam online bisnes tak menjadi...


Nasib baik kawan bagi jalan...


Tanya member macam mana boleh berjaya online bisnes. Minta tolong member kasi nasehat sama gua. Member setuju tapi minta datang opis dia minggu depan dan bawa komputer.

Hari yang dijanjikan aku datang...

Pertama kali dia minta gua punya writing surat jualan mana-mana produk.

Member ketawa besar..."hahaha kau punya ayat macam ayat surat kabar, takda oooom, pembeli pun tak steam bila baca kau punya"


contoh ayat iklan yang menarik
"Tak usah panjang cerita, nak aku bagi kau buku ini, kau baca satu hari satu malam. Kau tiru ayat-ayat dalam buku itu, kau hanya edit dan adjust sana sini. Aku dah tak perlu buku itu lagi...

Kata member lagi, dah enam bulan aku guna buku ini, dulu aku pun banyak kau, bil kad visa banyak, hasil ciput. Aku yakin sales kau akan naik selepas ini...

Balik, aku belek buku tu..."60 Template Iklan Sales 7 Angka Setahun"

Malam tu aku tak tidur membaca hampir setiap page buku tu. Ada 60 contoh-contoh iklan yang boleh aku tiru. Tapi aku jual produk kesihatan jerawat. Oh ada contoh rupanya...Bolehlah aku tiru apa yang patut...

Penerangan Buku 60 Templates Iklan Sales 7 Angka Setahun Oleh Penulis Buku




Kebaikan Buku "Template Iklan Sales 7 Angka Setahun"


1. Menyediakan 60 template iklan bisnes, iaitu:

  • Produk kesihatan
  • Produk kecantikan
  • Produk penjagaan kulit
  • Produk penjagaan rambut
  • Produk pakaian seperti seluar, tudung wanita dan jubah lelaki
  • Perkhidmatan kecantikan
  • Perkhidmatan servis aircond
  • Perkhidmatan klinik gigi
  • Servis pembaikan & servis kereta
  • Perkhidmatan perundingan (konsultant)
  • Perkhidmatan jurugambar
  • Perkhidmatan tukang jahit

2. Template Dibena Berasaskan Eksperimen Dan Kajian Daripada 15,000 Iklan, 19 Produk dan 5 Negara Dengan Bajet 7 Angka Setahun

3. Ayat Ditulis Dengan Santai Sesuai Dengan Selera Pembeli
  • Ayatnya mudah paham dibaca, ini syarat asas penulisan surat jualan dan iklan
4. Ayat Sesuai Untuk Iklan Fb, Group Fb, Google Ads dan IG

5. Semua pembeli boleh join Telegram Group Support untuk bertukar pandangan dan menimba ilmu.


Testimoni Kejayaan Pengguna Selepas Menggunakan Template Ini

Setakat ini lebih 3,000 pengguna telah mendapat faedah daripada penggunaan template dalam buku copywriting 60 Template Iklan Sales. Testimoni-testimoni ada dimasukkan ke dalam buku copywriting tersebut.


ayat-menarik-pelanggan
Jom Order Sekarang
Harga Offer:

RM130 untuk 2 buah
Harga: RM70 sebuah

Cara Order:
- Bank in Maybank: Abd Rahaman A Rasid
- No Akaun: 1141 0524 8789


- Whatsapp bukti pemindahan wang online atau ATM atau CDM, nama, alamat pengeposan dan nombor telefon kepada 013 366 1242
- Buku akan dipos dalam masa 24 jam dan tracking number akan diwhatsappkan.

Pertanyaan:
Abd Rahaman A Rasid
Tel: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com



Friday, November 2, 2018

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habi

Anda ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Guna Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habis

Menulis iklan bukanlah susah. Yang susah ialah nak suruh orang baca sampai habis dan kemudian tanpa fikir panjang beli produk dari kita.

Jadi pada hari ini, saya nak syer tiga tip dengan anda.

Bagaimana Nak Tarik Prospek Dan Buatkan Mereka Baca Iklan Sampai Habis?


Mari saya syerkan tiga perkara penting dalam menulis iklan:

1. Ayat Mempertikai Fakta


Tulis ayat yang mempertikaikan fakta semasa.

Kenapa? Sebab manusia memang pantang ditegur, lagi-lagi berkait dengan benda yang kita percaya.

Imagine, fakta yang dah percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu sebabnya.

Jika anda masukkan tip ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu giler dan akan baca iklan hingga habis.

Contoh produk rawatan kulit.  Fakta semasa yang mereka terima mungkin ialah:

“Krim minyak zaitun Ozpure terbukti boleh mengilangkan sakit ekzema kurang dari 10 hari” —> Ini fakta semasa!

Tapi anda pula ada bukti atau pandangan yang bertentangan, iaitu:

“Betul ke krim minyak zaitun Ozpure boleh hilangkan ekzema?

Tajuk seperti di atas selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena dan gelisah - lebih-lebih lagi kalau mereka dah pernah guna produk Ozpure.

Jadi tugas kita senang saja:
- Mempertikai fakta sedia ada.
- Buatkan ia jadi sedikit kontroversi
- Kemudian, bagi bukti.

Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.

Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Cara menulis ini baru lah mesej kita mudah diterima akal.

2. Ayat ingatkan The Big Why + Tips


Apa itu big why?

Big why ialah sebab utama anda buat keputusan untuk melakukan sesuatu.

Saya percaya, setiap orang mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi setelah beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian menjadi hilang dalam ingatan.

Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan semula big why dalam ayat iklan kita.

Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;

- Siapa prospek kita?
- Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
- Kenapa mereka perlu berjaya?

Selepas buat kajian, kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya big why ialah mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu dan ayah di kampung.

Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;

“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”

Selepas anda ingatkan big why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.

Mudah saja cara no.2 ini kan?

- Ingatkan big why.
- Kemudian, bagi tip atau solusi

Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti:

“Berminat nak tahu lebih? Hubungi saya.”

3. Ayat Maklumat Yang ‘ramai tak tahu’


Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan maklumat terbaru.


Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya self-esteem.

Self esteem maksudnya sentiasa mahu meningkatkan status diri.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, orang nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.

Jika mereka dapat tahu sesuatu maklumat sebelum orang lain tahu, mereka akan berasa bangga dan bangga berkongsi info tersebut.

Contohnya kalau untuk pemasaran hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan di atas.

Anda nak jadikan ia lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan seperti, pelabur hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca iklan tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?


Teruja nak belajar dengan lebih lengkap? Dah penat menulis surat jualan atau iklan tapi takda jualan?


Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, saya syor anda  rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.

Dalam 22 video tersebut ada diterangkan secara terperinci:

  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara mudah untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • dan banyak lagi.

Lengkap dari tanpa pengetahuan shingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri. Terujakan?

Anda serious nak menulis iklan hingga pelanggan terpedaya nak beli produk anda?


Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...