Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Monday, November 19, 2018

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan


Oleh: Abd Rahaman Rasid



Kenapa Page Saya Tak Keluar Pada Google?


Pernah anda berfikir produk ada, iklan dah siap, surat jualan dan cantik tapi bila publish, kenapa tak keluar di muka pertama Google atau muka kedua, ketiga dan keempat? Ikut kajian 80% pelayar internet hanya melihat page pertama dan kedua carian Google. Kalau begitu bagaimana nak dapat jualan?

Ada banyak sebab page anda tidak berada di muka pertama Google (lupakan sekejap konsep SEO) tapi satu daripada sebabnya ialah kesilapan pemilihan keyword semasa menulis tajuk iklan, kandungan iklan dan tidak meletakkan keyword yang top atau popolar dalam ruangan yang disediakan (meta tag).

Anda mungkin tidak didedahkan cara memilih keyword yang popular dan top dalam menulis iklan dan surat jualan.

Cara Yang Betul Memilih Keyword

Apa yang dimaksudkan dengan 'keyword yang top' dan 'keyword yang popular'?

Keyword ialah carian oleh pelayar dalam Google dalam mencari maklumat yang mereka kehendaki. Jadi keyword yang popular dan top ialah keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Keyword secara tidak langsung menunjukkan permintaan sesuatu produk.

Berbalik kepada iklan dan surat jualan yang ditulis, maka cara yang terbaik ialah meletakkan keyword popular dan top ke dalam tajuk dan isi kandungan dalam tulisan anda itu. 

Dengan ini apabila top dan popular keyword ditaip oleh pelayar internet, diharapkan mereka akan bertemu laman web jualan atau iklan anda.

Macam Mana Nak Cari Keword YangTop dan Popular?


Cara yang paling mudah ialah install aplikasi percuma Keywords Everywhere kepada komputer anda. Jadi apabila hendak mencari top dan popular keyword, anda hanya taip isu yang hendak hendak selesaikan produk itu. 

Sebagai contoh anda hendak menjual satu produk jenama ABS yang tugasnya hendak menguruskan badan. Anda boleh taip (bayangkan anda bakal pembeli) "ubat kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan paling berkesan" dan lain-lain. Lepas itu anda lihat sebelah kanan skrin dan tengok deretan keyword top dan popular. 

Top keyword digambarkan dengan jumlah volume carian bulanan dan ia disusun mengikut dari top hingga ke bawah. Jadi anda pilih beberapa keyword yang top sahaja...

Kesah Benar Menggunakan Aplikasi Keywords Everywhere

Saya tunjukkan bagaimana saya memilih keyword dalam copywriting saya...


ayat copywriting terbaik
Aplikasi Keywords Everywhere




Saya hendak memasarkan buku "60 Template Iklan Jualan" dan saya sudah mahu menyiapkan sales letter atau laman webnya. Buku ini berkaitan dengan carian 'copywriting iklan'. Saya buat satu carian sahaja sebagai pemahaman walaupun biasa buat beberapa carian untuk cross-checking top keyword.

Saya mahu keyword popular untuk dimasukkan dalam tajuk, body dan metatag (ruang khas keyword).

Sekarang saya nak publish. Saya mahu orang jumpa buku ini di Google. Jadi saya kena tahu apa yang pembeli akan taip di Google untuk jumpa sales letter saya itu.




Buku "60 Template Iklan Jualan" ialah mengenai 'copywriting iklan". Jadi saya taip 'copywriting iklan" di Google, lepas itu kita tengok di sebelah kanan skrin. Apa yang kita nampak (imej di atas) ialah:



Keywords Everywhere senaraikan keyword yang top:


contoh ayat iklan yang menarik - volume 720 carian
contoh ayat copywriting power - volume 590 carian
contoh ayat copywriting power - volume 320 carian


Jadi saya boleh meletakkan keyword-keyword di atas di ruang keyword yang disediakan dalam setiap laman web kita.


Saya juga memasukkan mana-mana top keyword pada tajuk dan dalam body tulisan.


Kesimpulan


Dalam menghasilkan jualan, kita berkehendakkan top dan  popular dalam tulisan iklan dan jualan; dan menulis mengikut panduan copywriting yang standard.





Saturday, November 3, 2018

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression


Anda biasa dengar orang kata 'first impression'?

First impression ialah benda pertama yang anda lihat, anda dengar, anda rasa dan anda baca. First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati.

Begitu juga dalam penulisan iklan dan surat jualan. Jika first impressionnya tidak menarik, 'boring' dan tidak relevan tentu orang tidak akan membacanya. Jika first impression menjanjikan faedah, ada sesuatu benda baru yang relevan kepada pembaca - maka first impression akan memenangi hati pembaca. Ia permulaan yang berbaloi dalam memujuk pembeli membeli produk anda.

Realitinya, apa itu 'first impression'?
  • Tulisan iklan - tajuk dan bagi brochure ialah kulitnya
  • Radio dan TV - beberapa saat pertama orang mendengar dan menonton
  • Siaran akbar - paragraph utama atau pertama
  • Pembentangan powerpoint - 2-3 slide yang pertama
  • Laman web - muka depan laman web dan satu dua muka surat berikutnya
  • Email marketing - apa yang ditulis 'From' dan 'Subject'
Jadi, walau macam mana hebat pun tulisan anda atau begitu berkesannya produk anda - tapi jika tajuk iklan anda gagal menarik perhatian pembeli, maka jualan anda akan gagal. Jadi anda tidak perlu menulis iklan yang berbunga-bunga bagi menarik perhatian pembeli.

4 Fungsi Tajuk

1. Tarik perhatian
2. Memilih pembaca
3. Menyampaikan mesej
4. Menarik pembaca supaya membaca terus tulisan


1. Menarik Perhatian (Get Attention)



Satu daripada cara bagi menarik perhatian pembaca ialah pemakluman mengenai "berita", contohnya:


  • Baru
  • Penemuan (discover)
  • Memperkenalkan
  • Sekarang (Now)
  • Akhirnya (at last)
  • Baru Sampai (just arrived)
Ungkapan "PERCUMA" (free) adalah antara perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam tajuk untuk menarik perhatian pembaca.

Lain-lain ungkapan atau perkataan yang dimasukkan dalam tajuk bagi menarik perhatian pembaca ialah:


  • Bagaimana
  • Mengapa
  • Jualan (sale)
  • Jimat
  • Mudah
  • Stok penghabisan
  • Peluang terakhir
  • Gerenti
  • Terbukti
Tajuk yang menawarkan maklumat berguna juga dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya:
  • "Laporan percuma...sila download disini...
  • Bagaimana membuat laksam Johor...
  • Cara menangkap lipas semasa anda tidur...
Elakkan membuat tajuk iklan yang menarik tetapi ia tidak menjanjikan faedah dan akhirnya tanpa jualan.


2. Memilih Pelanggan (Select the Audience)



Jika sekiranya sesuatu iklan untuk kumpulan tertentu, dinasehatkan tajuk iklan ditulis untuk dibaca oleh kumpulan itu sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan tidak perlu melayan soalan yang tidak relevan.

Contohnya, iklan perumahan untuk pegawai kerajaan sahaja, ia boleh ditulis "Peluang memiliki rumah untuk pegawai-pegawai Kerajaan sahaja"

Contoh lain, "Pemeriksaan mata percuma bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas"


3. Menyampaikan Mesej Sepenuhnya (Delivering A Complete Message)



Ada kajian menunjukkan 4 daripada 5 pembaca akan membaca tajuk dan tidak membaca kandungan seterusnya. Ini bermakna tajuk iklan mesti lengkap bagi menyampaikan keseluruhan mesej iklan menjual kepada 80% pembaca.

Contoh: "Aircond ABC dapat menjimatkan 50% bil letrik "
Contoh: "Anda boleh mendapat 50% komisyen dengan menjual ebook Rahsia Pemikat Jualan"

4. Menarik Pembaca Supaya Membaca Isi Kandungan Laporan


Setengah produk yang dijual memerlukan pembaca membaca detailnya. Jadi tajuk iklan mestilah menarik supaya pembaca teruja membacanya.

Contoh: "400 Kesalahan Dalam Solat"
Contoh: "25 Tip Bisnes Internet"


Kesimpulan



1. Bila buat copywriting iklan atau surat jualan tolong buat tajuk yang dapat mencuri mata pembaca. Jika pembaca tidak tertarik dengan tajuk, saya anggap anda telah gagal dalam membuat iklan dan surat jualan.

2. Bila buat copywriting iklan biar ikhlas dan pentingkan faedah barangan kepada pembeli. Tajuk yang menarik tetapi produknya tidak memberi faedah kepada pembeli boleh dianggap menipu dan ia merugikan penulis juga.

3. Bila kita membuat iklan atau surat jualan, tajuk ada empat fungsi:


  • Tajuk mesti mempunyai perkataan yang dapat menarik mata pembaca - get attention
  • Tajuk juga untuk memilih pelanggan yang tertentu sahaja - select the audience
  • Tajuk yang membolehkan majoriti pembeli boleh membuat keputusan sertamerta - delivering a complete message
  • Tajuk yang mahukan pembaca membaca detailnya - drawing the reader into the body copy


Cara Menulis Copywriting Hebat

Copywriting Terbaik 105 Template Headline Iklan Power Giler | 176 Template Copywriting The Story Selling | Channel Telegram Copywriting |

Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...