Showing posts with label copywriter. Show all posts
Showing posts with label copywriter. Show all posts

Monday, November 12, 2018

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

Mengapa Peniaga Online Tidak Menjual Benefit Tetapi Menjual Proses?

mengapa peniaga online tidak jual benefit tapi menjual proses
Peniaga Online

Jangan Jual Proses Jual Result


Untuk mereka yang baru berniaga online: Bila korang nak jual produk dekat orang yang belum kenal.

Ada tiga cara paling cepat untuk boom-kan produk tu:

1) Minta pelanggan sedia ada rekemen.

2) Give value first, sell later.

3) Product demo.

[Post ini serius panjang. Klik share untuk simpan di FB wall masing-masing. Nanti boleh rujuk balik]

Hari ni saya nak cerita sikit tentang ilmu Direct-Response Copywriting:

"Satu ilmu yang boleh buatkan orang membeli serta merta"

Excited nak belajar?

Okay, rule dia ...

Jangan jual PROSES, jual RESULT.

Orang hanya nak tahu proses, selepas dia nampak result.

Kesilapan ramai peniaga, dia cuba nak terang;

- "Susah payah dia hasilkan produk tu"

- "Produk ni ada KKM, susah tau dapat KKM"

- "Produk aku ni, herba dia dari amazon"

Korang ingat prospek ada masa untuk sakit kepala simpati dengan susahnya korang?

Memang tak la. Semua orang pentingkan diri kot.. huhu

===================

Saya bocor sikit rahsianya yer

Maaf cakap!

Orang kita ni terutamanya Melayu, memang mudah dipengaruhi dengan fast-proven-result ni...

Sebab tu saya tak pelik. Produk yang putih-putih sekelip mata tu masih laku di Malaysia.

Sebab orang kita mudah terpengaruh dengan RESULT.

"Faris, habis tu produk putih-putih akak tak laku pun?"

Sebab akak tak jual result la tu.

Akak asyik jual produk jer. Produk akak power la. Produk akak ada lulus KKM la.

Ingat: "Tak semua orang educated macam kita. Tak semua orang tahu apa yang kita tahu. tak semua orang sedar KKM tu penting, macam ktia sedar"

Jadi jangan fokus benda yang prospek tak nak, fokus apa yang mereka nak 

=====================

Contoh: Jual tudung

Prospek tak kisah sangat pun korang beli kain dekat negara cina ke, kena upah designer mahal2 ke, kena berpeluh buat photoshoot bawah matahari ke...

Serius diorang tak kisah!

Prospek hanya kisah pasal diri dia jer.

Jadi apa korang perlu buat? Jual RESULT yang prospek nak.

Jual la experience bila orang pakai tudung tu nampak cantik. Bila pakai orang puji.. orang pandang ada kelass, ada taste, dll

Elakkan cerita tentang proses yang penat tu.
Buat sakit hati jer

Jual result! 

==========

Ok berbalik kepada 3 cara yang saya bagitahu tadi.

Ini langkah demi langkah yang korang boleh apply.

Cara 1# - Minta Rekemen


Kenapa ia berkesan?

Mostly, orang lebih percayakan kawan dia berbanding penjual.

Kita orang buat kelas beribu ringgit tu pun. Yang datang mostly hasil daripada rekemendasi member.

Member yang dah percaya kita boleh deliver ilmu dengan baik.

Jadi, tugas kita adalah buatkan pelanggan sedia ada berpuas hati. Jaga mereka elok-elok. Supaya dia rekemen produk @ servis kita.

Bila kawan yang rekemen, kita biasanya tak kisah sangat pun dengan harga.

Sebab kawan kan? Tak kan la kawan kita menipu kot? Itulah yang berlaku dalam minda separa sedar prospek

Jelas setakat ni?

Cara 2# - Give Value First, Sell Later


Kenapa ia berkesan?

Sebab daripada kecik kita telah dilatih untuk menghomati insan yang berma GURU.

Siapa sahaja yang memberi nilai dalam hidup kita akan dianggap sebagai guru.

Bukan sahaja dihormati, bahkan apa yang GURU sebut. Kita anak murid kena percaya. Jangan bangkang.

Perasan tak benda ni berlaku dalam diri kita?

Ini mindset yang telah ditanam sejak dari kita kecil lagi.

Bila kita mahu dinobatkan sebagai guru di dalam hati prospek. Bagilah VALUE dulu sebelum menjual.

Insyaallah, selepas tu apa yang kita cakap, rekemen, orang akan ikut. Sebab mereka dah percaya kita. Kita GURU mereka.

Jelas setakat ni? Ok, ini lastt...

Cara 3# - Product Demo


Kenapa ia berkesan?
Pernah tak dengar orang kata:

- “Show, don’t tell”

- “Picture speak louder than word”

Banyak lagi la. Ya, saya setuju dengan quoate ini.

Visual (seperti gambar atau video) adalah cara cepat untuk sampaikan mesej dan mempengaruhi prospek.

Copywriting juga penting, ia ada peranan yang lain. Cuma visual ni adalah cara cepat untuk tarik perhatian dan buatkan prospek nak tahu serta merta.

Daripada korang cerita, produk korang kalis air.

Lebih bagus korang masukkan jer terus produk tu dalam air.

Nampak poin yang saya cuba sampaikan?

=======================

Sekian itu saje. Korang belajar sesuatu?

Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan. Tapi macam saya bagitahu sebelum ini.

Bila penyampaian tu dalam bentuk teks, ia jadi terhad. Tak semua benda orang boleh 'tangkap'.

- Fokus kita membaca pun bukan lama sangat.

- Sorang paling lama 30 minit

- Leaps tu, otak dia akan penat.

So, jika korang orang visual yang memang#SERIUS nak #mendalami ilmu #psikologi di sebalik iklan-iklan yang berkesan ni….

Saya dah susun siap-siap 22 video khas step by step lengkap dari zero sampai anda boleh hasilkan iklan sendiri di online.

Saya terang guna #video, supaya cepat faham.

Dan boleh terus buat.

Bak kata John Caples:

“Copywriting is writing a believable message to the right person”

- Copywriting bukan sekadar tulis

- Kita kena tulis mesej yang dipercayai

- Ada ilmu psikologi disebalik iklan yang power

- Fahamkan proses dulu.

- Lepas ni senang la korang nak buat iklan

=============

Ada siapa nak belajar ilmu ni?

Komen: “NAK”

Setakat ni pelaburan untuk 22 video ni bawah 100 ringgit lagi la. Kalau korang rasa mahal jugak, tak tahu nak cakap apa. huhu

Itu harga hari ni. Esok2x kalau mood saya happy. Saya naikkan terus sampai RM290. Padan muka!

Siapa suruh lambat.. hmmm

Sumber: Klik lmej ini. Kredit kepada Faris Osman


Saturday, November 3, 2018

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression

4 Fungsi Tajuk Copywriting Yang Wajib Anda Tahu - Bermula Dengan First Impression


Anda biasa dengar orang kata 'first impression'?

First impression ialah benda pertama yang anda lihat, anda dengar, anda rasa dan anda baca. First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati.

Begitu juga dalam penulisan iklan dan surat jualan. Jika first impressionnya tidak menarik, 'boring' dan tidak relevan tentu orang tidak akan membacanya. Jika first impression menjanjikan faedah, ada sesuatu benda baru yang relevan kepada pembaca - maka first impression akan memenangi hati pembaca. Ia permulaan yang berbaloi dalam memujuk pembeli membeli produk anda.

Realitinya, apa itu 'first impression'?
  • Tulisan iklan - tajuk dan bagi brochure ialah kulitnya
  • Radio dan TV - beberapa saat pertama orang mendengar dan menonton
  • Siaran akbar - paragraph utama atau pertama
  • Pembentangan powerpoint - 2-3 slide yang pertama
  • Laman web - muka depan laman web dan satu dua muka surat berikutnya
  • Email marketing - apa yang ditulis 'From' dan 'Subject'
Jadi, walau macam mana hebat pun tulisan anda atau begitu berkesannya produk anda - tapi jika tajuk iklan anda gagal menarik perhatian pembeli, maka jualan anda akan gagal. Jadi anda tidak perlu menulis iklan yang berbunga-bunga bagi menarik perhatian pembeli.

4 Fungsi Tajuk

1. Tarik perhatian
2. Memilih pembaca
3. Menyampaikan mesej
4. Menarik pembaca supaya membaca terus tulisan


1. Menarik Perhatian (Get Attention)



Satu daripada cara bagi menarik perhatian pembaca ialah pemakluman mengenai "berita", contohnya:


  • Baru
  • Penemuan (discover)
  • Memperkenalkan
  • Sekarang (Now)
  • Akhirnya (at last)
  • Baru Sampai (just arrived)
Ungkapan "PERCUMA" (free) adalah antara perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam tajuk untuk menarik perhatian pembaca.

Lain-lain ungkapan atau perkataan yang dimasukkan dalam tajuk bagi menarik perhatian pembaca ialah:


  • Bagaimana
  • Mengapa
  • Jualan (sale)
  • Jimat
  • Mudah
  • Stok penghabisan
  • Peluang terakhir
  • Gerenti
  • Terbukti
Tajuk yang menawarkan maklumat berguna juga dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya:
  • "Laporan percuma...sila download disini...
  • Bagaimana membuat laksam Johor...
  • Cara menangkap lipas semasa anda tidur...
Elakkan membuat tajuk iklan yang menarik tetapi ia tidak menjanjikan faedah dan akhirnya tanpa jualan.


2. Memilih Pelanggan (Select the Audience)



Jika sekiranya sesuatu iklan untuk kumpulan tertentu, dinasehatkan tajuk iklan ditulis untuk dibaca oleh kumpulan itu sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan tidak perlu melayan soalan yang tidak relevan.

Contohnya, iklan perumahan untuk pegawai kerajaan sahaja, ia boleh ditulis "Peluang memiliki rumah untuk pegawai-pegawai Kerajaan sahaja"

Contoh lain, "Pemeriksaan mata percuma bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas"


3. Menyampaikan Mesej Sepenuhnya (Delivering A Complete Message)



Ada kajian menunjukkan 4 daripada 5 pembaca akan membaca tajuk dan tidak membaca kandungan seterusnya. Ini bermakna tajuk iklan mesti lengkap bagi menyampaikan keseluruhan mesej iklan menjual kepada 80% pembaca.

Contoh: "Aircond ABC dapat menjimatkan 50% bil letrik "
Contoh: "Anda boleh mendapat 50% komisyen dengan menjual ebook Rahsia Pemikat Jualan"

4. Menarik Pembaca Supaya Membaca Isi Kandungan Laporan


Setengah produk yang dijual memerlukan pembaca membaca detailnya. Jadi tajuk iklan mestilah menarik supaya pembaca teruja membacanya.

Contoh: "400 Kesalahan Dalam Solat"
Contoh: "25 Tip Bisnes Internet"


Kesimpulan



1. Bila buat copywriting iklan atau surat jualan tolong buat tajuk yang dapat mencuri mata pembaca. Jika pembaca tidak tertarik dengan tajuk, saya anggap anda telah gagal dalam membuat iklan dan surat jualan.

2. Bila buat copywriting iklan biar ikhlas dan pentingkan faedah barangan kepada pembeli. Tajuk yang menarik tetapi produknya tidak memberi faedah kepada pembeli boleh dianggap menipu dan ia merugikan penulis juga.

3. Bila kita membuat iklan atau surat jualan, tajuk ada empat fungsi:


  • Tajuk mesti mempunyai perkataan yang dapat menarik mata pembaca - get attention
  • Tajuk juga untuk memilih pelanggan yang tertentu sahaja - select the audience
  • Tajuk yang membolehkan majoriti pembeli boleh membuat keputusan sertamerta - delivering a complete message
  • Tajuk yang mahukan pembaca membaca detailnya - drawing the reader into the body copy


Cara Menulis Copywriting Hebat

Copywriting Terbaik 105 Template Headline Iklan Power Giler | 176 Template Copywriting The Story Selling | Channel Telegram Copywriting |

Friday, November 2, 2018

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda

Anda Ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habi

Anda ada 5 Saat Untuk Memerangkap Pembaca Supaya Membaca Iklan Anda


Guna Tiga Ayat Ini Jika Anda Mahukan Prospek Baca Iklan Sampai Habis

Menulis iklan bukanlah susah. Yang susah ialah nak suruh orang baca sampai habis dan kemudian tanpa fikir panjang beli produk dari kita.

Jadi pada hari ini, saya nak syer tiga tip dengan anda.

Bagaimana Nak Tarik Prospek Dan Buatkan Mereka Baca Iklan Sampai Habis?


Mari saya syerkan tiga perkara penting dalam menulis iklan:

1. Ayat Mempertikai Fakta


Tulis ayat yang mempertikaikan fakta semasa.

Kenapa? Sebab manusia memang pantang ditegur, lagi-lagi berkait dengan benda yang kita percaya.

Imagine, fakta yang dah percaya bertahun-tahun, tiba-tiba ada orang kata benda itu salah. Sudah tentu mereka nak tahu sebabnya.

Jika anda masukkan tip ini dalam ayat iklan, anda mampu buatkan prospek rasa nak tahu giler dan akan baca iklan hingga habis.

Contoh produk rawatan kulit.  Fakta semasa yang mereka terima mungkin ialah:

“Krim minyak zaitun Ozpure terbukti boleh mengilangkan sakit ekzema kurang dari 10 hari” —> Ini fakta semasa!

Tapi anda pula ada bukti atau pandangan yang bertentangan, iaitu:

“Betul ke krim minyak zaitun Ozpure boleh hilangkan ekzema?

Tajuk seperti di atas selalunya buatkan prospek jadi serba tak kena dan gelisah - lebih-lebih lagi kalau mereka dah pernah guna produk Ozpure.

Jadi tugas kita senang saja:
- Mempertikai fakta sedia ada.
- Buatkan ia jadi sedikit kontroversi
- Kemudian, bagi bukti.

Terangkan sama ada kita bersetuju ataupun tidak dengan fakta tersebut.

Jika tak bersetuju, lampirkan bukti-bukti sokongan. Cara menulis ini baru lah mesej kita mudah diterima akal.

2. Ayat ingatkan The Big Why + Tips


Apa itu big why?

Big why ialah sebab utama anda buat keputusan untuk melakukan sesuatu.

Saya percaya, setiap orang mesti ada impian atau cita-cita. Tetapi setelah beberapa kali mencuba tidak berhasil, impian tersebut kian menjadi hilang dalam ingatan.

Jadi, kita boleh gunakan kesempatan ini untuk ingatkan semula big why dalam ayat iklan kita.

Contoh niche kewangan. Kita kena tentukan dulu;

- Siapa prospek kita?
- Apa sebab utama mereka buat sesuatu keputusan?
- Kenapa mereka perlu berjaya?

Selepas buat kajian, kita jumpa bahawa prospek yang ada dalam niche kewangan, biasanya big why ialah mereka adalah mampu bagi duit kepada ibu dan ayah di kampung.

Seterusnya, tugas kita hanya perlu tanya dibahagian tajuk iklan;

“Dah mampu belum, nak bagi duit belanja dekat ibu di kampung? Jika belum, ini caranya.”

Selepas anda ingatkan big why mereka, bagi lah tip yang mereka boleh guna serta merta.

Mudah saja cara no.2 ini kan?

- Ingatkan big why.
- Kemudian, bagi tip atau solusi

Pada akhir perenggan, buatlah Call to Action seperti:

“Berminat nak tahu lebih? Hubungi saya.”

3. Ayat Maklumat Yang ‘ramai tak tahu’


Selain daripada lupa, manusia ada lagi satu sifat iaitu; sukakan maklumat terbaru.


Berdasarkan kajian psikologi daripada Abraham Maslow pada tahun 1943 ada memberitahu benda ini; namanya self-esteem.

Self esteem maksudnya sentiasa mahu meningkatkan status diri.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, orang nak diri mereka ‘nampak lebih pandai’ daripada sebelum nya.

Jika mereka dapat tahu sesuatu maklumat sebelum orang lain tahu, mereka akan berasa bangga dan bangga berkongsi info tersebut.

Contohnya kalau untuk pemasaran hartanah:

“7 tempat rahsia yang ramai orang tak tahu ada permintaan tinggi kadar sewa rumah”

Anda akan lihat perbezaannya selepas menambah ayat ini – “Ramai orang tak tahu” – ditengah atau dihujung tajuk iklan di atas.

Anda nak jadikan ia lebih spesifik?

Gantikan perkataan ‘orang’ dengan seperti, pelabur hartanah.

Secara tidak langsung anda telah menapis orang yang betul untuk baca iklan tersebut.

Anda Belajar Sesuatu Daripada Artikel Ini?


Teruja nak belajar dengan lebih lengkap? Dah penat menulis surat jualan atau iklan tapi takda jualan?


Jika anda nak belajar menulis iklan yang lebih tersusun dalam bentuk video step-by-step, saya syor anda  rujuk panduan video Mazhab Copywriting Junior 3.0 yang terbaru.

Dalam 22 video tersebut ada diterangkan secara terperinci:

  • Cara kenalpasti pelanggan kelaparan
  • Cara tanya soalan untuk kenal pelanggan.
  • Cara mudah untuk kenal produk
  • Cara untuk tarik perhatian pelanggan
  • Cara buatkan prospek percaya
  • Cara buatkan prospek rasa rugi tak cuba produk anda
  • dan banyak lagi.

Lengkap dari tanpa pengetahuan shingga anda boleh tulis ayat iklan sendiri. Terujakan?

Anda serious nak menulis iklan hingga pelanggan terpedaya nak beli produk anda?


Monday, October 29, 2018

Mengapa Copywriting Semakin Penting Dalam Bisnes Online?

Mengapa Copywriting Semakin Penting Dalam Bisnes Online?

Laman web dan surat jualan atau sale letter memerlukan copywriting yang ditulis secara profesional oleh copywriter


Mengapa Copywriting Semakin Penting Dalam Bisnes Online?


Usahawan online makin sedar kepentingan penulisan yang baik atau copywriting dalam meningkatkan jualan dan  perniagaan. Ini kerana mereka menjual secara maya dan biasanya penjual dan pembeli tidak mengenali sesesama mereka.

Banyak usahawan kini mempelajari ilmu copywriting atau penulisan perniagaan daripada kursus adhoc dan jangka pendek daripada sifu-sifu copywriting di pasaran atau daripada ebook, video dan buku copywriting yang terdapat di pasaran.

Kebanyakan usahawan tidak mendapat didikan formal ilmu copywriting semasa di kolej dan universiti kerana pusat pengajian ini tidak menyediakannya dalam subjek perniagaan dan pemasaran. Ia mungkin berpunca tahap kesedaran ilmu copywriting masih rendah atau kekurangan tenaga pengajar dalam bidang ilmu copywriting untuk bisnes online.

Kepakaran yang ada di pasaran adalah berdasarkan pengalaman usahawan itu sendiri dalam menulis iklan dan surat jualan atau mengupah copywriter menulis untuk mereka. 

Tidak dapat dinafikan ada ramai penceramah yang berkalibar di pasaran dalam bidang copywriting. Mereka inilah yang memajukan ilmu copywriting.

Dengan perkembangan canggih dalam bidang komunikasi khususnya penggunaan whatsapp, facebook, instagram, blog dan twitter, maka penguasaan ilmu copywriting semakin penting.


Bisnes Online

banyak bisnes dibuat secara online dan pesanan online

Sekarang zaman online, kebanyakan pesanan secara online - order pakaian, bahan keperluan rumah, keperluan bayi, pakaian anak kecil, malah makan tengahari dan dinner pun order secara online. Semua maklumat di tapak tangan dengan guna telefon bimbit untuk berinteraksi.

Bagi usahawan bisnes online mungkin sedang tercari apakah sumber ilmu copywriting yang bagus dan baik di pasaran. 

Saya sendiri pun tak pernah belajar ilmu copywriting semasa di universiti dahulu, malah tak pernah dengar pun apa itu 'copywriting'.

Apabila saya menceburi bisnes online sejak 10 tahun yang lepas, saya banyak membeli bahan-bahan mengenai ilmu copywriting samada buku, ebook dan video.

Saya mendapati video dan ebook Copywriting Junior 3.0 yang dihasilkan oleh copywriter Faris Osman adalah rujukan ilmu copy yang baik bagi bisnes online. Sekarang orang malas membaca, maka 22 video dan ebook pdf yang terdapat dalam Copywriting Junior 3.0 adalah rujukan yang terbaik dengan gaya bahasa Melayu yang santai.

Saya sendiri banyak mempelajari ilmu copywriting dari copywriter Faris Osman dalam memasarkan produk online.

Video dan ebook Copywriting Junior 3.0 ini dihasilkan berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun sebagai copywriter kepada syarikat perniagaan atau usahawan individu merangkumi secara menyeluruh bidang komunikasi perniagaan khususnya pengiklanan, penjualan melalui bidang komunikasi penulisan iklan, penulisan surat jualan, komunikasi video, siaran live dari facebook dan sebagainya.

Kelebihan Copywriting Junior 3.0 lain ialah program ini khidmat sokongan group Facebook, chanel perbincangan telegram dan free lifetime update. Untuk membelinya hanya klik Copywriting Junior 3.0 dan ikut arahan membeli.


Artikel lain yang relevan dibaca:




Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...