Monday, November 19, 2018

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan

Bagaimana Top Keyword dan Copywriting Power Boleh Meningkatkan Jualan


Oleh: Abd Rahaman Rasid



Kenapa Page Saya Tak Keluar Pada Google?


Pernah anda berfikir produk ada, iklan dah siap, surat jualan dan cantik tapi bila publish, kenapa tak keluar di muka pertama Google atau muka kedua, ketiga dan keempat? Ikut kajian 80% pelayar internet hanya melihat page pertama dan kedua carian Google. Kalau begitu bagaimana nak dapat jualan?

Ada banyak sebab page anda tidak berada di muka pertama Google (lupakan sekejap konsep SEO) tapi satu daripada sebabnya ialah kesilapan pemilihan keyword semasa menulis tajuk iklan, kandungan iklan dan tidak meletakkan keyword yang top atau popolar dalam ruangan yang disediakan (meta tag).

Anda mungkin tidak didedahkan cara memilih keyword yang popular dan top dalam menulis iklan dan surat jualan.

Cara Yang Betul Memilih Keyword

Apa yang dimaksudkan dengan 'keyword yang top' dan 'keyword yang popular'?

Keyword ialah carian oleh pelayar dalam Google dalam mencari maklumat yang mereka kehendaki. Jadi keyword yang popular dan top ialah keyword yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Keyword secara tidak langsung menunjukkan permintaan sesuatu produk.

Berbalik kepada iklan dan surat jualan yang ditulis, maka cara yang terbaik ialah meletakkan keyword popular dan top ke dalam tajuk dan isi kandungan dalam tulisan anda itu. 

Dengan ini apabila top dan popular keyword ditaip oleh pelayar internet, diharapkan mereka akan bertemu laman web jualan atau iklan anda.

Macam Mana Nak Cari Keword YangTop dan Popular?


Cara yang paling mudah ialah install aplikasi percuma Keywords Everywhere kepada komputer anda. Jadi apabila hendak mencari top dan popular keyword, anda hanya taip isu yang hendak hendak selesaikan produk itu. 

Sebagai contoh anda hendak menjual satu produk jenama ABS yang tugasnya hendak menguruskan badan. Anda boleh taip (bayangkan anda bakal pembeli) "ubat kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan", atau "cara kuruskan badan paling berkesan" dan lain-lain. Lepas itu anda lihat sebelah kanan skrin dan tengok deretan keyword top dan popular. 

Top keyword digambarkan dengan jumlah volume carian bulanan dan ia disusun mengikut dari top hingga ke bawah. Jadi anda pilih beberapa keyword yang top sahaja...

Kesah Benar Menggunakan Aplikasi Keywords Everywhere

Saya tunjukkan bagaimana saya memilih keyword dalam copywriting saya...


ayat copywriting terbaik
Aplikasi Keywords Everywhere




Saya hendak memasarkan buku "60 Template Iklan Jualan" dan saya sudah mahu menyiapkan sales letter atau laman webnya. Buku ini berkaitan dengan carian 'copywriting iklan'. Saya buat satu carian sahaja sebagai pemahaman walaupun biasa buat beberapa carian untuk cross-checking top keyword.

Saya mahu keyword popular untuk dimasukkan dalam tajuk, body dan metatag (ruang khas keyword).

Sekarang saya nak publish. Saya mahu orang jumpa buku ini di Google. Jadi saya kena tahu apa yang pembeli akan taip di Google untuk jumpa sales letter saya itu.




Buku "60 Template Iklan Jualan" ialah mengenai 'copywriting iklan". Jadi saya taip 'copywriting iklan" di Google, lepas itu kita tengok di sebelah kanan skrin. Apa yang kita nampak (imej di atas) ialah:



Keywords Everywhere senaraikan keyword yang top:


contoh ayat iklan yang menarik - volume 720 carian
contoh ayat copywriting power - volume 590 carian
contoh ayat copywriting power - volume 320 carian


Jadi saya boleh meletakkan keyword-keyword di atas di ruang keyword yang disediakan dalam setiap laman web kita.


Saya juga memasukkan mana-mana top keyword pada tajuk dan dalam body tulisan.


Kesimpulan


Dalam menghasilkan jualan, kita berkehendakkan top dan  popular dalam tulisan iklan dan jualan; dan menulis mengikut panduan copywriting yang standard.





No comments:

Post a Comment

Tektik Membina 10 Artikel dan Iklan Dengan Headline Power

Tektik Membina 10 Artikel Dan Iklan Dengan Headline Power Bukan Senang Nak Tulis Banyak Artikel Seorang blogger atau seorang penulis w...